Wednesday, October 26, 2011

Cara-Cara Memegang Arnab

Sebenarnya ada pelbagai cara untuk memegang arnab, tapi walau apa pun caranya harus dipastikan arnab yang dipegang tu tak berasa sakit.
Disini ada beberapa cara memegang arnab dengan betul.

1. Cara pertama yang biasa kita buat adalah dengan mencengkam tengkuk arnab secara lembut kemudian mengangkatnya dan  tangan satu lagi memegang serta menahan bahagian belakang tubuh arnab.

2. Cara yang kedua ialah dengan memegang dada arnab dengan lembut sambil menyepit kedua kaki depan arnab dan tangan satu lagi memegang dan menahan bahagian belakang tubuh arnab.

3. Cara ketiga dengan menidurkan arnab pada lengan tangan dan tangan satu lagi memegang dan menahan arnab didadanya agar tidak jatuh.


4. Cara keempat mencengkam tengkuk arnab dengan lembut kemudian menidurkan di lengan sambil tetap mencengkam dan tangan yang satu lagi ikut membantu dalam menGimbangi arnab tersebut.

AMARAN: JANGAN SESEKALI MEMEGANG ARNAB DENGAN CARA MEMEGANG TELINGANYA. MACAM MANUSIA JUGAK KALAU TARIK TELINGA KAN SAKIT RASANYA. TQ...

2 comments:

  1. x jual jenis2 arnab kerdil ke?? area besut kan? :)

    ReplyDelete
  2. Aah area besut tp skang dh x bela arnab dh.

    ReplyDelete