Saturday, February 26, 2011

Melapah Arnab

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Selama ni aku tertanya2 jugak macam mana nak lapah kulit arnab ni bila dah sembelih. Dek kerana tak ada xperience lagi so aku merajin2 kan diri baca ebook. Last sekali jumpa ler gambar ni....Nak xplain lebih2 aku tak pandai tapi gambar ni pun dah boleh cerita kot....




P/S: kepada otai2 yang dah biasa sembelih arnab ni... Next time bila dah sembelih sudilah kiranya ambik gambar real punya step by step macam mana nak lapah kulit arnab ni dan post kat blog masing2...Untuk sama2 belajar hehehehe....



Saturday, February 19, 2011

Arnab Lumpuh

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Ada sekor arnab aku ni tak bergerak2. Aku ingat dah KO tapi hidup lagi. Bila bagi minum air elok jer dia telan. Badan macam lumpuh tak bermaya.... Kena penyakit misteri nih...



Termasuk hari ni dah dua hari arnab aku lumpuh.. Kesian jugak aku tengok.




Tuesday, February 15, 2011

Selamat Pengantin Baru

Salam,

Hari ni satu lagi sejarah tercipta berkenaan arnab2 aku. Aku dah dapatkan jodoh untuk arnab jantan aku yang dewasa ni. Aku namakan dia Opie dan pasangannya Okid. Nama ni isteri aku yang cadangkan so aku follow jer.


Ni ler Opie. Breed teddy bear. umur dalam 6-7 bulan. Belum pernah kawin.

Ni pulak Okid. Breed teddy bear jugak. Umur 7-8 bulan. Baru beranak sekali. Kira Si Opie ni kawin dengan janda lah ek. Tapi tak per la Opie, janda pun janda la.... Janji tak gersang....






Lepas aku masukkan Si Okid ke dalam sangkar Si Opie ni tanpa membuang masa Opie terus menjalankan tanggungjawabnya... Cayala opie... Ni first time aku kawinkan arnab2 ni. tu yang excited semacam jer... Harap2 Okid bunting so nanti boleh ler dapat anak arnab yang comel2 macam Opie hehehe....





Saturday, February 12, 2011

Rumahku Syurgaku Rumahku Rumah Arnabku

Salam,

Entri kali ni aku nak cite sikit pasal tempat aku letak arnab2 yang aku bela.


Ada dua buah sangkar aku letak kat tepi rumah. Kalau hujan turun menegak maybe tak kena sangkar tapi kalau turun dengan angin aku takut kena hujan plak. Tapi aku dah standby canvas untuk cover sangkar ni daripada hujan.


Sangkar 'banglo' ni aku letak 7 ekor arnab umor masing2 2 bulan lebih. Masa kecik ni boleh ler aku letak sekali tapi nanti bila dah besor kena duduk asing2 ler plak. Sebelum ni ada ramai dalam sangkar ni tapi dah mati 5 ekor kena cirit birit.



Penghuni sangkar banglo ni ada 4 ekor mix lionhead(3 jantan 1 betina), 2 ekor teddy bear (22 betina, lagi 2 ekor dah KO) dan last sekali mix jersey wooly( aku agak2 jer sebab bulu dia ni pelik sikit)


Sangkar kedua aku letak sekor teddy bear jantan. Tuan sebelum ni cakap anak bujang tak pernah kawin lagi. Maybe btul ler sebab dah besar pun. Ni sekor jer arnab dewasa yang aku ader yang lain masih belum cukup umor. Kadang2 kesian jugak tengok dia kesunyian. Plan nak cari yang betina plak untuk dia kawin.


P/S kalau saper2 ada arnab teddy bear betina yang lebih2 yang dah tak nak pakai boleh ler sedekah kat aku. Sajer nak test arnab aku ni power ke tak power. Nanti bila dah beranak pinak aku ganti ler balik. heheheh...


Sangkar terakhir plak adalah sangkar semi D. Buat sendiri tau. Thanks to Abang Zaha (Arnab Manja) sebab sudi ajar aku buat sangkar ni. Yang ni aku letak dekat beranda rumah sebab perlu di monitor setiap masa maklum ler kecik2 lagi. Lagi pun arnab ni comel dan aktif sangat. Macam tuannyer la...



Dalam sel pertama aku letak 4 ekor baka lop ear. Sekor jantan dan 3 ekor betina. Umor masing2 sebulan lebih. Yang jantan yang warna kelabu tu telinga dah jatuh 22 belah, yang warna putih baru jatuh sebelah jer. yang lagi 2 ekor betina tu tak jatuh2 lagi.


Dalam sel kedua pulak ada sepasang baka lop ear dan sekor woody toy betina. Umor aku rasa kurang sebulan sebab aku compare dengan arnab yang dekat sel sebelah yang umor ngam2 sebulan tu ada perbezaan dari segi saiz. So, arnab2 ni aku x bagi makan pallet biasa lagi takut sakit perut tapi aku bagi makan pallet yang ada campuran susu. Aku tengok diorang makan selamber jer. Sedap ler tu agaknyer... Arnab2 lop ear ni telinga baru jatuh sebelah jer dan yang woody toy to memang ler tak jatuh2 telinga dia kan?

Sekian saja cerita aku tentang arnab2 yang ada kat rumah ni. nanti aku post lagi di masa akan datang....

Wasalam...

Tuesday, February 8, 2011

Jenis-Jenis Arnab

Salam,

Jom kita pakat2 kenal dengan jenis2 arnab yang ada atas muka bumi ni...


CHINCHILLA

1. AMERICAN CHINCHILLA




2. GIANT CHINCHILLA



LOP

3. AMERICAN FUZZY LOP



4. ENGLISH LOP



5. FRENCH LOP



6. HOLLAND LOP



DWARF

7. NETHERLAND DWARF



8. DWARF HOTOT



ANGORA

9. ENGLISH ANGORA



10. FRENCH ANGORA



11. GIANT ANGORA



12. SATIN ANGORA



REX

13. MINI REX



14. STANDARD REX



D' ARGENT

15. CREME D' ARGENT



16. CHAMPAGNE D' ARGENT



FROM REGION:

17. NEW ZEALAND



18. DUTCH



19. HIMALAYAN



20. BELGIAN HARE



21. ENGLISH SPOT



22. BRITANNIA PETITE



23. AMERICAN SABLE



24. FLORIDA WHITE



OTHERS:

25. HAVANA



26. CINNAMON



27. BEVEREN



28. HARLEQUIN



29. LILAC



30. POLISH



31. SATIN



32. TAN



33. THRIANTA



34. SILVER FOX



35. SILVER MARTIN



36. PALOMINO



37. RHINELANDER



38. JERSEY WOOLY



Tapi yang jadi persoalan dalam kepala aku ni kat sini tak de plak jenis2 teddy bear, lion head, woody toy dan sebagainya. Saper2 yang tau boleh ler explain sikit?....